TOK EMPANG
Menurut kajian, pembukaan Jementah bermula dari pembukaan Bukit Tunggal atau nama asalnya Bukit Cerebon. Ketika dibuka, hujan yang lebat telah turun sehingga membanjiri seluruh kawasan Bukit Tunggal kecuali satu kawasan agak tinggi dan berbukit. Itulah asal Bukit Tunggal dapat namanya.

Bermula di Bukit Tunggal, pembukaan Jementah diteruskan lagi. Mengikut kajian, satu peristiwa ganjil telah berlaku ketika usaha-usaha membuka tanah dijalankan. Pokok kayu dan hutan belukar yang ditebang dan ditebas akan kembali seperti sediakala. Menebang sebelah pagi, sebelah petang tumbuh semula. Begitu juga sebaliknya. 6 orang bomoh telah dipanggil dan berusaha untuk membuka Jementah tetapi kesemuanya tidak berjaya.

Akhirnya pawang yang ketujuh, dikenali sebagai Tok Empang atau nama sebenarnya Tok Kedot yang berasal dari Negeri Sembilan datang mencuba nasib. Tok Kedot seorang yang boleh dikatakan hebat. Pernah suatu ketika beliau berbaring merintangi sebatang sungai dan diwaktu yang sama orang-orang kampung membuat empangan di bahagian hilir. Setelah kerja-kerja dibahagian hilir siap, barulah Tok Empang bangun. Sebab itulah beliau digelar Tok Empang.

Tok Empang Memulakan kerja-kerja membuka Jementah dengan bermula dari Sungai Muar. Tok Empang gembira kerana pokok yang ditebang itu tidak tumbuh semula seperti yang pernah terjadi pada pawang-pawang terdahulu.

Sekembali dari menenbas, pada malamnya Tok Empang telah bermimpi didatangi oleh seorang tua yang mengatakan dia akan berjaya membuka Jementah tetapi dengan syarat anaknya yang ditinggalkan bersama isterinya iaitu Tok Andak akan dijadi ganti. (Tok Andak terkenal di kalangan penduduk tempatan kerana kepandaiannya memulihkan orang tercekik tulang dengan hanya menggunakan daun pokok mengkudu.) Ada lagi I.........