TOK EMPANG

Keesokan harinya, apabila tersedar dari tidurnya, Tok Empang berasa takut akan kehilangan anaknya. Lantas, dia terus pulang ke kampung dimana anak dan isterinya tinggal untuk sementara waktu. Setibanya disana, dia mendapati isterinya sedang menangis dan apabila ditanya isterinya memberitahu anaknya (seorang bayi lelaki) telah hilang secara tiba-tiba ketika sedang tidur di buaian.

Walaupun berasa sedih dengan kehilangan anaknya itu, Tok Empang tetap meneruskan usahanya untuk membuka Jementah. Akhirnya sebuah penempatan baru berjaya dibuka di situ dan dinamakan Jementah.

Daripada kajian yang dibuat, diceritakan Tok Empang ada memelihara seekor harimau. Ia merupakan seekor Harimau Jadian dan lebih dikenali sebagai Harimau Tok Empang. Dipercayai sebelum Jementah ditimpa sebarang bencana, suara mengaum harimau ini akan kedengaran. Tapak kaki harimau Tok Empang ini boleh dikenalpasti sekiranya terdapat sepasang tapak kaki kanak-kanak (dipercayai milik anak Tok Empang yang hilang itu) di sebelahnya.

Sehingga kini, dipercayai harimau tersebut masih lagi hidup walaupun Tok Empang sudah meninggal dunia. Sebuah makam berukuran 3X5 meter di tanah perkuburan Kampung Bukit Tunggal dipercayai milik Tok Empang.

MUDIK KE HULU MENEMUI TOK EMPANG
DI TANAH JAJAHAN JEMENTAH SEBELUM MENYERTAI PERANG JEMENTAH.
KEMUDIAN BERKOLEK KE SEGAMAT UNTUK MENGAGUMI DESA WAWASAN
LALU MENGENALI PUCUK PIMPINAN SAMBIL MENYERTAI AKTIVITI PENDUDUK
KERANA KAMI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA BELIA.

Rekabentuk © 1997 Fauzi Ahmad Ghazali