JEMENTAH

Sejarah silam peristiwa-peristiwa pembukaan Tanah Jajahan Jementah dan Perang Jementah ada hubungkaitnya dengan sejarah silam Segamat. Kedua-dua peristiwa tersebut khususnya peristiwa berdarah Perang Jementah dianggap sebagai peristiwa terpenting sejarah Segamat. Malah ada pendapat mengatakan Daerah Segamat dikenali kerana tragedi berdarah di bumi Jementah (Perang Jementah). Kedua-dua peristiwa bersejarah (yang disulami dengan kisah-kisah dongeng) itu masih segar dalam ingatan generasi tua di daerah Iagenda Segamat ini.

Mengikut seorang pengkaji sejarah tempatan, Haji Hassan bin Penuh, bahawa jajahan Jementah telah dibuka lebih kurang 300 tahun dahulu. Disebabkan tanah Jementah itu subur dan timbul pula cerita kononnya dibuminya mengandungi emas, ramailah orang dari negeri-negeri berdekatan berhijrah ke Jementah. Pada masa itu kawasan Jementah dipenuhi dengan pokok-pokok hutan terutamanya pokok-pokok dedap. Semasa pendatang pendatang awal membersihkan kawasan dengan menebang pokok-pokok dan menebas semak belukar, satu perisitiwa ganjil telah berlaku.

Setiap kali pokok-pokok itu ditebang, pada keesokan harinya didapati batang-batang pokok yang ditebang itu telah bercantum semula. Malah kawasan yang sudah dibersihkan itu menjadi semak-samun semula. Peristiwa ganjil ini berlaku selama seminggu. Pada tiap-tiap kali orang-orang yang membersihkan kawasan baru itu ditanya sama ada tugas mereka sudah selesai, mereka lantas menjawab, 'JEMU, JEMU, ASYIK TEBANG POKOK AJA'. Dan apabila mereka ditanya lagi bilakah kerja membersihkan kawasan itu selesai, sambil menggelengkan kepala, mereka menjawab, 'ENTAH,ENTAH,ENTAH!' Kononnya daripada perkatan 'JEMU-ENTAH' itu lahirlah nama 'JEMENTAH'. Ada lagi.........