JEMENTAH
|
Secara kebetulan seorang pawang dari Sumatera bernama PAWANG KETOT bersama isterinya telah sampai dikawasan itu. Setelah mendengar kisah ganjil itu, Pawang Ketot pun menawarkan jasanya untuk membersihkan kawasan baru itu, Beliau telah mendirikan sebuah pondok di pinggir kawasan baru itu. Selama tiga hari tiga malam beliau dan isterinya membakar kemenyan dan menuturkan mentera. Kononnya sejak dan hari itu kisah ganjil itu tidak berulang lagi dan kerja membersihkan kawasan baru dapat diteruskan. Sebuah kampung telah dibuka disitu. Pak Utih atau Haji Yahya bin Kubu menafikan timbulnya nama Jementah itu ada kaitannya dengan peristiwa ganjil itu. Menurutnya nama Jementah itu lahir daripada nama 'LINTAH'. Katanya lagi ada cerita di sebalik timbulnya nama Jementah itu. Kononnya di kawasan ini terdapat banyak paya yang dipenuhi dengan lintah dan pendatang-pendatang awal itu berhempas pulas membunuh lintah-lintah yang penuh didalam paya. Selama beberapa hari itulah kerja mereka membunuh lintah. Lama-lams mereka berasa jemu. Kononnya daripada perkataan 'JEMU-LINTAH' itulah lahir nama JEMENTAH. |
MUDIK
KE HULU MENEMUI TOK EMPANG
DI TANAH JAJAHAN JEMENTAH SEBELUM MENYERTAI PERANG JEMENTAH. KEMUDIAN BERKOLEK KE SEGAMAT UNTUK MENGAGUMI DESA WAWASAN LALU MENGENALI PUCUK PIMPINAN SAMBIL MENYERTAI AKTIVITI PENDUDUK KERANA KAMI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA BELIA. Rekabentuk © 1997 Fauzi Ahmad Ghazali |